PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya Nur Shafikhah Binti Samsudin (21DIP14F1022) siswi Politeknik Balik Pulau yang mengikuti kursus DIPLOMA IN PROGRAMMING (DIP) telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (PDTLMS) kerana sudi menerima pelajar praktikal untuk menjalani latihan industri di organisasi mereka.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Pn Salwa Haslinda bt Che Ros selaku ketua bahagian pelatih ketika menjalani latihan industri di Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (PDTLMS). Tidak dilupakan juga kepada seluruh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (PDTLMS) yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus pelatih lakukan sepanjang pelatih menjalani latihan industri di Syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti pelatih tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya. Di samping itu, tidak dilupakan juga kepada kesemua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (PDTLMS) Tanpa kalian sudah tentu pelatih tidak dapat menyediakan laporan bertaip latihan industri ini.
Selain itu, pelatih juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik terutamanya kepada para pensyarah di Unit Pensyarah Latihan Industri kerana telah memberi kelonggaran kepada pelatih untuk mencari sendiri tempat untuk melakukan latihan industri. Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah buku laporan Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Politeknik Balik Pulau terutamanya Puan Afni dan juga Puan Syuhada kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan, semangat dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas sebelum kami menjalani latihan industri. Tidak lupa juga kepada semua pegawai latihan industri kerana telah menguruskan tempat latihan kami. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya buku laporan ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
DEDIKASI
“Untuk ayah, bonda tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (PDTLMS) serta semua , rakan-rakan seperjuangan di Politeknik Balik Pulau,Pulau Pinang serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.”
Pelatih juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama.
“JASAMU DIKENANG”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan