KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
- Menjalani latihan industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus DiplomaTeknologi Maklumat, ia wajib menjalani kursus latihan industri pada semester ke 4.
- Mahasiswa dan mahasiswi perlu menjalani latihan indusri selama lima bulan iaitu satu semester,pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan segala teori dan amali yang dipelajari di Politeknik. Semasa di Politeknik, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani latihan industri dapat mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar.
- Latihan industri ini juga penting agar pelajar tidak takut untuk menghadapi kesalahan dan kesilapan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.Sekiranya seseorang pelajar melakukan kesilapan,hal ini pelajar tersebut akan belajar melalui kesilapan dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
- Latihan industri ini adalah pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang dan dapat mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai seorang pekerja. juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja. Latihan.
- Memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan