PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT MATANG TAIPING
Bandar Taiping sesungguhnya terkenal dengan bangunan-bangunan lama dan bersejarah.Salah satu daripada bangunan tersebut ialah Pejabat Daerah Tanah Larut Matang Dan Selama Taiping.Bangunan ini asalnya dibina pada tahun 1897,iaitu pada tahun zaman pemerintahan British di tanah Melayu.Bangunan ini juga merupakan bangunan Warisan Sejarah di Taiping.
MISI DAN VISI PEJABAT TANAH TAIPING
OBJEKTIF SYARIKAT
"Objektif sesebuah organisasi amatlah penting dalam menentukan matlamat utama penubuhannya organisasi tersebut.Pembentukan objektif organisasi yang baik dapat memastikan penubuhan organisai tersebut dapat dijalankan dengan lebih efisien dan bermotif.
Bagi Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama pula,ianya telah menetapkan lima objektif utama keseluruhan bagi setiap unit-unit dalam organisasi ini,Ianya bermotifkan bagi mewujudkan kepuasan yang maksimum kepada pelanggan di samping menjaga hak asasi mereka.
Objektif-objektif tersebut ialah:-
1.MENTADBIR DAN MENGUATKUASA UNDANG-UNDANG TANAH NEGARA DAN PERATURAN-PERATURAN TANAH NEGERI
2.MENJALANKAN DAN MENGUATKUASA PELBAGAI PUNGUTAN PELBAGAI HASIL CUKAI, TANAH,LESEN DAN LAIN-LAIN.
3.MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI DAERAH.
4.MENYELARASKAN AKTIVITI-AKTIVITI PEMBANGUNAN JABATAN-JABATAN SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN.
5.MENJAGA KETENTERAMAN AWAM DAN MUHIBBAH DI PERINGKAT DAERAH.
SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT
Pada tahun 1895,pembinaan bangunan Pejabat Kerajaan baru telah mula ditubuhkan untuk menggantikan bangunan lama Pejabat Daerah yang dibina pada tahun 1883.Bangunan baru yang dibina mengikut rekabentuk bangunan Victoria.Bangunan ini direka dengan dimuatkan sebuah Dewan Majlis Orang Ramai,Pejabat untuk Sekretariat,Pejabat Perbendaharaan,Pejabat Audit,Pejabat Pendidikan serta Jabatan Perhutanan.
Bangunan ini siap dibina pada tahun 1897 dan mula beroperasi pada tahun 1898.Hari ini ia adalah premis Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan