OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah wajib bagi semua pelajar di Politeknik. Pelajar yang terlibat dalam latihan industri ialah pelajar diploma semester 4 dan bagi pelajar sijil semester 3. Disamping itu, pelajar yang melalui latihan industri perlu menyediakan laporan mengenai latihan industri yang dijalankan sepanjang semester. laporan ini mengenai catatan latihan teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan latihan industri, dan sebagainya. Disini saya ingin menjelaskan beberapa objektif laporan latihan industri:-


  1. Dapat merekod atau mencatat tugasan yang dilakukan ketika latihan teknikal dilakukan.
  2. Menjelaskan setiap langkah dengan lebih terperinci 
  3. Buku Laporan Harian Latihan Industri adalah bertujuan untuk membantu pelajar untuk menerangkan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.
  4. Selain itu,refleksi mingguan adalah sebagai ringkasan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu oleh pelajar.Tujuan refleksi mingguan ini adalah untuk memudahkan pegawai organisasi menilai setiap latihan yang dilakukan oleh pelajar.Refleksi mingguan ini mestilah dihantar pada setiap minggu kepada pegawai organisasi untuk disemak dan dicop.
  5. Laporan latihan industri ini juga dapat membantu pensyarah untuk menilai dan memberikan markah kepada pelajar selepas menjalani latihan industri.
  6. Dapat dijadikan bahan rujukan kepada pelajar selepas menjalani latihan industri supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
  7. Dapat mempraktikan ilmu dan latihan yang dipelajari dari semester satu hingga tiga.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,..minta izin nk jadikan panduan n rujukan ye..terima kasih banyak2

    BalasPadam